Mesyuarat Agong Koop 2017

Mesyuarat Agong Koop SIS8185 pada 30 September 2017 di Teluk Senangin Perak 
Teluk Senangin: Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ukhwah SIS 81-85 (Koop SIS8185) kali ke 01/2017 telah dapat sempurnakan pada 30hb September 2017 bersamaan hari Sabtu jam 3:00 petang, bertempat di Dewan Serbaguna Kamila Hotel, Teluk Senangin KEHADIRAN. Seramai 31 ahli telah hadir dari 56 ahli yang berdaftar termasuk 7 Ahli Lembaga Koperasi dan 2 Juru Audit Dalaman koperasi. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Haji Mohd Ali Bin Haji Mansor ( SUPOL Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ) diiringi oleh En Afan Bin Mohd Yusof yang merupakan Pegawai SKM Wilayah Taiping, Perak. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En Zuhairi Kamil B. Mohamed Rejab yang juga merupakan ALK KoopSIS8185.
Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi YBhg Tuan Hj Ab Rahman Thobrani B. Hj Mohd Mansor yang mengimbau kembali sejarah tertubuhnya Koop SIS8185.  Tercetusnya idea dan cadangan menubuhkan Koop SIS8185 ini adalah semasa program reunion houseboat Tasik Banding Gerik tahun 2014. Di akhir perbincangan semua setuju agar menubuhkan koperasi SIS batch 81-85 bagi mengeratkan ukhuwah dan menjana pendapat ahli-ahli batch Sekolah Izzuddin Shah Ipoh (SIS 81 – 85). Kesinambungan dari itu mesyuarat penubuhan telah berjaya dilaksanakan pada 04hb April 2015 bertempat di Dewan Banquet Mahkamah Syariah Perak jam 10.30 pagi.  Maka pada 14hb Ogos 2015, Koperasi Ukhuwah SIS 81 - 85 Perak Berhad telah berjaya didaftarkan penubuhannya ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Pengerusi dalam ucapannya menyarankan semua ahli koperasi supaya dapat menyuarakan cadangan seperti penambahan saham, ahli, projek dan hal yang berkaitan semasa mesyuarat agong ini bagi penambahbaikan dan membaiki kelemahan agar koperasi ini sentiasa relevan dalam era globalisasi masa kini. Beliau juga menyenaraikan aktiviti koperasi yang telah berjaya dijalankan sepanjang penubuhan Koop SIS8185 seperti Jualan kerepek sempena Aidilfitri dan Program Korban dengan sempena Aidiladha.

Mesyuarat diteruskan dengan UCAPTAMA dan PERASMIAN dari YBhg Dato Haji Mohd Ali Bin Haji Mansor (SUPOL Menteri Pertanian Dan Industri Asa Tani). Dato Ali mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi yang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan juga kepada Pegawai SKM yang turut hadir. Dato menjelaskan kehadiran beliau bukan kerana jawatan beliau, tapi atas dasar ukhuwah bekas pelajar Izzuddin Shah dan dibuat pula di tempat kawasan beliau sendiri (Taiping). Keberkatan bekas budak Izzuddin Shah dengan izin Allah SWT sehingga menyandang jawatan tertinggi kerajaan seperti YAB Dato` Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ( TPM Malaysia ) dan bekas pelajar yang lain banyak yang telah berjaya menjawat jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan, swasta, perbankan dan sebagainya. Dato juga menceritakan pengalaman dari perkhidmatannya di lapan Kementerian dan pernah dilantik sebagai CEO Koperasi selama 3 tahun, untuk memantau perjalanan koperasi seluruh Malaysia, koperasi yang diuruskan secara cekap, teratur disamping komitmen dan sokongan kuat dari ahli - ahli, insyaAllah akan dapat membuahkan berjaya. Beliau juga ada menjadi ahli beberapa koperasi dan faham dengan permasalahan di dalam pengurusan koperasi. Keuntungan koperasi akan dikongsi dengan semua ahli tanpa mengira samada ahli itu mempunyai saham yang lebih tinggi berbanding dengan ahli yang lain. Ini kerana koperasi adalah milik anggota yang mempunyai modal syer seminima RM100 hak mengundi setiap anggota adalah sama tanpa mengira jumlah modal syer anggota, ini berbeza dan syarikat perniagaan dimana hak pemilikan dan membuat keputusan adalah berdasar peratus pegangan saham seseorang. Koperasi juga tidak hanya menitik beratkan keuntungan tetapi juga tanggungjaawab sosial kepada anggota. Insya Allah sekiranya beliau masih berkhidmat dalam kerajaan di masa hadapan, beliau akan berusaha membantu semua permohonan projek aktiviti Koperasi. Beliau menyarankan agar semua ahli koperasi yang bermesyuarat supaya fokus berbincang dan memberi cadangan yang bernas untuk hala tujuan koperasi, kurangkan bercerita kisah-kisah nostalgia kerana kejayaan koperasi terletak pada tanggungjawab dan amanah daripada ahli itu sendiri serta menggandakan usaha dan kreativiti agar matlamat penubuhan koperasi tercapai. Beliau berkeyakinan yang tinggi kepada koperasi ini boleh berjaya dan berdaya saing dengan koperasi lain dan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM merasmikan Mesyauarat Agung Tahunan Koperasi Ukhuwah SIS 81-85 kali ke 01 / 2017.

Comments

  1. Koop Ukhuwah SIS81-85 telah berdaftar di bawah SKM pada tahun 2015 hasil daripada cetusan idea ahli sewaktu program rehlah dengan berlayar di Tasek Banding selama 3 hari 2 malam di atas House Boat.

    Alhamdulillah di atas kesepakatan dan semangat ukhuwah ahli2 yang terdiri daripada pelajar batch 1981-85 ( tkt 1-5) di Sekolah Izuddin Shah Ipoh kini koop bergerak kehadapan ke arah mencapai visi dan misi.

    Kekuatan dan kejayaan koop adalah atas sokongan dokongan ahli-ahli... ayoh kita rapatkan saf bagi memajukan koop kita demi sevival ekonomi ummah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih atas infonya tuan pengerusi, sama-sama kita bertemu di Puncak Kejayaan!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Info buat Anggota: Penambahan Saham

KORBAN KEMBOJA AIDIL ADHA 2018